Uji Kecergasan Anda Sekarang

Uji tahap kecergasan anda dengan #MiloFuzeJamPack Klik link untuk mengujinya dan menangi hadiah drpd Apple.
klik di sini [Milo Fuze Jam-Pack]

Sekapur Sireh dari Presiden Giffarine Malaysia

Che Wan1

Wan Ab Rahman Bin Wan Ya’acob
Presiden
Giffarine Skyline Unity [M] Sdn Bhd

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Allah s.w.t kerana diberi peluang untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini. Di sini saya mengucapkan selamat datang kepada seluruh rakyat Malaysia dan ingin menjemput anda semua untuk menyertai keluarga besar Giffarine, samada sebagai pengguna atau menjadikan ia sebagai sumber pendapatan. Kami di Giffarine, percaya bahawa ini adalah rahmat dari yang Maha Esa yang sudah tentu akan memberikan kebaikkan kepadak ita semua.

Kami telah mengenali produk ini dan telah menggunakannya sejak sekian lama kami dapati produk ini bermutu tinggi dan harganya amat berpatutan. Dari situlah kami mula tertarik untuk membawanya masuk ke Malaysia secara sah, agar ianya dapat dinikmati oleh lebih ramai pengguna di Malaysia.

Produk Giffarine telah dihasilkan dengan kawalan mutu yang tinggi dan telah dipasarkan di kebanyakkan negara maju di dunia termasuklah di Eropah, USA (atas jenama Pattrena). Untuk pasaran Asia, ianya diberi jenama Giffarine, kerana ianya dibuat khusus untuk kesesuaian citarasa dan warna kulit penduduk Asia.

Selain daripada mendapat banyak banyak anugerah di atas mutunya, produk Giffarine juga mendapat Sijil Halal dari Majlis Agama Thailand yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Bagi produk Sijil Halal ini, selain dari kawalan bahan mentah, mereka juga mengenakan syarat menggunakan pekerja beragama Islam dalam proses pengeluarannya.

Konsep perniagaannya juga sangat menarik, ia memberi peluang untuk kita menambahkan pendapatanm samada secara sambilan atau sepenuh masa atau juga sekadar kegunaan sendiri. Kami dalam kumpulan Giffarine Malaysia telah bekerja keras bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar dan kita semua akan mendapat manafaat daripadanya. Kami mengamalkan dasar perniagaan yang mementingkan keikhlasan, kebaikan bersama (win-win situation) dan beretika. Kami berharap agar kita semua akan mendapat manafaat daripadanya demi kebaikan dan keabjikan ummah.

Di Giffarine Masa Depan Kita Bina Bersama